Pages

30 January 2012

kemunculan (asap) ad-dukhan mengejutkan dunia

 


"maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata.
Yang meliputi seluruh manusia. Inilah azab yang pedih."
(surah ad-dukhan, ayat 10 - 11)

   ayat di atas memberi amaran kepada umat akhir zaman bahawa suatu hari nanti akan berlaku bencana yang memberi kesan buruk kepada manusia sejagat. bencana yang dimaksudkan adalah bencana asap ad-dukhan...

   asap ad-dukhan adalah asap yang tebal dan berwarna hitam yg akan meliputi keseluruhan langit akibat daripada hentaman meteor yang besar di bumi. dan  hentaman tersebut menyebabkan pelbagai massalah kepada bumi dan isinya:


  1. bunyi yg kuat terhasil daripada hentaman tersebut,
  2. lalu membentuk gelombang magnetik,
  3. menyebabkan letusan gunung berapi.
  4. debu gunung berapi memenuhi udara lalu terbentuk asap global,
  5. bumi menjadi gelap secara total,
  6. sinar ultra ungu terhalang & menyebabkan bakteri dan virus tumbuh subur,
  7. berlaku pemanasan global
  8. berlaku hujan asid,
  9. perubahan iklim global serta musim sejuk yg lama,
  10. pelbagai penyakit yang menular di kalangan manusia yang tidak beriman, namun orang yang beriman hanya akan mendapat gejala seperti selesema.
  11. berlaku kekurangan makanan kerana sumber makanan seperti tumbuhan dan haiwan terjejas akibat hujan asid, perubahan iklim dan ketiadaan cahaya matahari.
  12. di bahagian utara puak gasar muncul semula untuk merebut makanan.
  13. dajjal dan pengikutnya menunjukkan diri (terdapat tulisan kafir di dahi dajjal dan wajah pengikut dajjal umpama dihiris pedang (berparut))
  14. muncul nabi isa untuk membunuh dajjal di pintu gerbang kota lud.
  15. setelah dajjal mati, muncul pula kaum yakjuj&makjuj daripada utara.
  16. nabi isa & kebanyakan kaum muslimin berlindung di bukit tursina.
  17. nabi isa meminta pertolongan kepada Allah S.W.T.
  18. Allah menurunkan bala kepada yakjuj & makjuj (mereka mati akibat bakteria yang menyerang leher mereka)
  19. zaman keamanan bumi & umat Islam ( nabi Isa memberitahu kebenaran bahawa dia bukanlah anak Tuhan, kebanyakan agama lain tiada, nabi isa berkahwin dan menunaikan haji bersama-sama muslimin di mekah)
perkara-perkara di atas berlaku semasa dan selepas berlakunya peristiwa asap ad-dukhan.
peristiwa asap ad-dukhan akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan dimana tahunya berlaku paling banyak gempa bumi. dan pada ketika itu umat Islam sedang berpuasa Ramadhan sudah selama 15 hari. menurut kajian, berpuasa selama lebih daripada 7 hari berturut-berturut dapat meningkatkan keimunan (pertahanan) badan secara mendadak. ini bermakna kebanyakan umat islam yang sempurna puasanya, tahap keimunan tubuh badan mereka meningkat mendadak berbanding orang-orang kafir. oleh sebab itu, ketika peristiwa asap dukhan, asap yang menutupi bumi telah menghalang cahaya matahari. lalu, bakteria dan virus tumbuh dengan subur dan menyerang manusia.
umat islam yang berpuasa akan selamat kerana tahap keimunan badan mereka tinggi. manakala orang kafir akan merana akibat jangkitan bakteria tersebut. apa yang berlaku adalah:

  1. terkena selesema berat yang menyerang sistem pernafasan
  2. jangkitan pada telinga yg menyebabkan pekak.
  3. kekurangan darah kepada kepala menyebabkan mata tidak berfungsi.
  4. buta
  5. bengkak seluruh badan
  6. akhir sekali meninggalkan parut yang nyata.
selain daripada itu, amalan kaum muslimin seperti menghindari makanan & minuman yang haram juga dapat menghindarkan diri daripada penyakit. solat lima waktu dengan sujud mampu meneutralkan kesan medan magnet.

Apa yg perlu dilakukan sekiranya peristiwa itu berlaku?

apabila terdengar bunyi yang kuat pada khamis malam (malam jumaat) waktu wilayah Arab dan pada tahun yang mana banyak gempa bumi berlaku, Rasulullah sarankan:
  • rajin bangun malam untuk melaksanakan solat tahajud dan solat subuh berjemaah di masjid. kemudian segera masuk ke dalam rumah masing-masing bersama-sama. (kalau boleh sediakan makanan untuk selama setahun)
  • tutup jendela, pintu, serta semua lubang udara (sumbatkan dengan kain begi mengelakkan asap memasuki rumah dan mengurangkan tekanan gelombang)
  • segera selimuti diri dan keluarga dengan peredam bunyi.
  • sumbatkan telinga dengan kain atau kapas (kerana bunyi letupan meteor terlalu kuat boleh menyebabkan gegendang telinga pecah)
  • tunggu bunyi kuat yang kedua, kemudian segera bersujud dan berzikir mengingati Allah, sebutlah..(subhaanal quddus) maha suci Tuhan Al-Quddus & (Robbunal Quddus) Tuhan kami yang suci.
@barang siapa yang berbuat demikian Insya'allah akan selamat.

    ingatlah, pada pertengahan bulan Ramadan di suatu tahun yg berlakunya banyak gempa bumi, meteor yang besar akan menghentam bumi. besarnya meteor tersebut hinggakan semua orang dapat melihat meteor terssebut. meteor tersebut akan menghentam negara kafir dan negara-negara islam dapat melihatnya.
    apa yg berlaku, meteor pertama akan menghentam bumi pada khamis malam(malam jumaat), namun, meteor tersebut tidak dapat terhempas ke permukaan bumi dan hanya meletup di langit lalu menghasilakn jaliran warna kemerahan berserta bunyi yg kuat. tidak lama kemudian meteor kedua yg lebih besar dapat menghentam bumi dan menghasilkan bunyi yang kuat serta membentuk gelombang magnet. akhirnya assap ad-dukhan terbentuk.

"sesungguhnya Tuhan kamu semua mengingatkan kamu dengan 3 perkara. Pertama, asap yang menerpa orang beriman, di mana mereka seperti terkena gejala selesema. ia juga melanda orang kafir, di mana sekujur tubuh mereka akan membengakak, lalu mereka tidak dapat mendengar. kedua, keluarnya binatang dan ketiga keluarnya dajjal."
hadis daripada abu malik al-asy'ari.

"....jika kamu melaksanakan solat subuh pada hari Jumaat, masuklah ke dalam rumah kamu, tutplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. jika kamu berasa adanya bunyi yang kuat, maka sujudlah kamu kepada Allah dan ucapkan 'subhaanal quddus, Robbunal Quddus. kerana sesiapa yang melakukan perkara itu akan selamat. sebaliknya sesiapa yang tidak melakukan perkara itu akan binasa."
hadis Nu'aim ibnu Hammad.


p/s: kesimpulannya, setiap orang harus bertaubat dan mengamalkan segala yang diperintahkan oleh   Allah seperti solat dan puasa di bulan Ramdhan. ternyata segala yang diperintahkan mempunyai hikmah disebliknya dan demi kebaikan manusia sendiri. selain itu, pastikan segala laranganNYA kita elakkan. dengan itu barulah kita boleh selamat di dalam perlindungan Allah S.W.T.







55 comments:

  1. Replies
    1. Hadis Palsu
      https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2462-irsyad-al-hadith-siri-ke-274-status-hadith-suara-pada-bulan-ramadhan

      Delete
  2. Mudah mudahan kita persiap kan diri kita untuk menghadapi saat getir dukhan... igt kan pada org2 tersayang. InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. Takutnye Ya Allah..Semoga Allah slmtkan kita

    ReplyDelete
  4. Yang Peduli dan sgt peduliJun 4, 2019, 7:34:00 AM

    Teruskan myedarkan ramai para mukmin&mukminat,dakwah dan myedarkan tntg pkra kiamat tersgtlah sdikit dizaman fitnah harini,syabas buat kamu smoga dikurniakan perlindungan oleh Allah dan smoga kamu&yg trsayang selamat mgharungi Dukhan..InsyaaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadis palsu

      https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2462-irsyad-al-hadith-siri-ke-274-status-hadith-suara-pada-bulan-ramadhan

      Delete
  5. Bukan meteor, tapi perang nuclear

    ReplyDelete
  6. Ada beberapa theori bagaimana Hari Dukhan akan berlaku dan meteor salah satu darinya, theori lain ialah perang nuklier, dan yang paling terkenal letupan gunung berapi Yellostone di Amerika Syarikat, skrg ni status berjaga2 serta boleh meletus bila2 masa

    ReplyDelete
  7. kebanyakan semua x prepare ape pun asik dok tengok hiburan pop yeh yeh astro ria, Ada orang yang tahu siap buat perigi tapi siapa yang tahu shj la, kene prepared duit da x blh guna lagi da pada masa tu wang krypto digunakan lagi teruk. Semoga dipermudahkan kita semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli dinar atau emas bro.. Tu je yg laku nanti

      Delete
  8. Allahuakbar... Menggeletar rasanya.. Ya Allah peliharalah kami semua...

    ReplyDelete
  9. sudah sampai mase pada hari ini bukan setakat indonesia sahaja terbakar malahan termasuk brazil, argentina, australia, russia dan amerika syarikat.. asap menutupi awan tiba masa bersiap sedia.

    ReplyDelete
  10. sudah sampai mase pada hari ini bukan setakat indonesia sahaja terbakar malahan termasuk brazil, argentina, australia, russia dan amerika syarikat.. asap menutupi awan tiba masa bersiap sedia.

    ReplyDelete
  11. Kita kena start prepare dah, jika berlaku di tahun 1441h @ 2020, kita dah ada persediaan, cuba check 15 ramadhan tahun depan adalah pd hari jumaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakhbar! benar. 15 ramadhan tahun depan pada hari jumaat. mohon double check. harap saya silap.

      Delete
  12. Mohon mintak nk share. ingt mengingati sesama saudara islam. kita tak wajib mempercayainya. tp sediakan langkah bierjaga2. mohon anda semua sering2 lah tonton youtube ceramah ustaz zulkifli akhir zaman.

    ReplyDelete
  13. Persiapkan diri kita dgn amalan ugama..kukuhkan rohani kita..ade masa lg ke leka dgn dunia ni? Remaja sibuk dgn game PUBG nya,org pencen sibuk dgn cucunya dan kerja tambahannya. Org bekerja sibuk dgn kerjanya sehingga tiada waktu lgsung utk solat fardhu berjemaah. Wanita2 leka dgn trend terkininya, leka dgn hiburan,leka dgn membawang saudara seislamnya,leka dgn tgok tv nya. JIKA setiap kali ramadhan, kita kekal tabiat majoriti manusia cmni..maka tepuk dada tanyalah iman..

    ReplyDelete
  14. Awal Ramadhan 2020 = 24 April 2020 dan jatuhnya 15 Ramadhan pada hari jumaat 8 May 2020... Allahu Akbar... Tiada ruginya kita beramal dari sekarang.. Peringatan buat saya juga

    ReplyDelete
  15. Teruskan beramal. Yg pasti lapisan langit adalah keras. Meteor pertama yg menghentam langit pasti akan hancur dan meninggalkan keretakan pada langit dan menghasilkan gelombang bunyi dgn frekuensi yg tinggi. Hentaman meteor yg berikutnya akan memecahkan lapisan langit sekaligus menghentam bumi.

    ReplyDelete
  16. 15 ramadhan jatuhnya pada 8 may tahun 2020..hari jumaat..wallahuaklam.

    ReplyDelete
  17. nak tau sandaran hadis mana ni yer...kaalau ada dari mana sandaran hadis ni lagi cantik hujah tersebut.

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. . Imam Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz: -




      فهذا الحديث لا أساس له من الصحة، بل هو باطل وكذب، وقد مر على المسلمين أعوام كثيرة صادفت فيها ليلة الجمعة ليلة النصف من رمضان فلم تقع فيها بحمد الله ما ذكره هذا الكذب من الصحيحة وغيرها مما ذكر، وبذلك يعلم كل من يطلع على هذه الكلمة أنه لا يجوز تروج هذا الحديث الباطل، بل يجب تمزيق ذلك وإتلافه والتنبيه على بطلانه

      “Hadith ini kesahihannya tidak berasas, malah ianya batil dan dusta! Telah berlalu banyak tahun di mana malam Jumaat jatuh pada pertengahan bulan Ramadan tetapi tiada apa pun yang telah berlaku, Alhamdulillah. Tiada hadith sahih yang menyebutkan kedustaan ini mahupun perkara-perkara lain yang disebutkan di dalam hadith ini. Dengan ini, setiap pembaca kata-kata ini tahu bahawa tidak boleh disebarkan hadith batil ini, malah ianya wajib dikoyak dan dihapuskan serta memberikan kesedaran tentang

      Delete
    2. Ada sebarang bantahan tidakk ..kerana perawi nye merupakan perawi yang dhaif

      Delete
    3. Ustaz yang ceramah pun ad bg tahun islam 1441h terjadi ya dukhon. Betul ke.

      Delete
  19. 15 ramadhan 1441H - 8 may 2020 Jumaat
    15 Ramadhan 1433H - 3 Aug 2012 Jumaat
    15 Ramadhan 1449H - 11 Feb 2028 Jumaat

    ReplyDelete
  20. samada betol atau tidak,lebih baik kita bersedia.mgkin saja ajal kita smpi sblm tarikh tersebut.

    ReplyDelete
  21. daripada carian saya hadis ini palsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Palsu atau tidak.. Tanda2 dah ada.. Baik bersedia skrg.. Kenapa susah Sgt nak terima?

      Delete
  22. Palsu atau tidak,apa salahnya kalau kita terus beramal,tak rugi pun,amalan kita untuk diri kita sendiri,untuk saham akhirat kita nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beramal itu bagus tp jgn disebarkan hadis palsu m. Itu ja salahnya. Teruskan beramal namun jgn percaya dgn hadis palsu. Allahualam

      Delete
  23. Ya Allah..ngerinya. Moga semua umat Islam mendapat rahmat perlindungan Allah swt..aaminn ya robb

    ReplyDelete
  24. Wallahualam, rujukan ceramah dari ust Azhar Idrus haram bagi kita meneka bila berlakunya dukhon kerana ia nya ghaib, apapun seharusnya kita lebih berhati hati dan menguatkan iman dan mendekatkan diri kepada Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg x boleh teka tp kan bagus jadikan peringatan dan bersedia dgn amalan.. Tak boleh dgn org susah terima kenyataan ni.. Ingt hidup seribu tahun lagi ke.. Dengar ceramah2 akhir zaman byk2 ya.. Bukan asyik kata palsu palsu tp awak sendiri nak solat jemaah di masjid pun susah

      Delete
  25. Palsu atau tidak sewajib nya kita sentiasa bersedia,tingkat kan amalan,ingat mengingati terutama pd keluarga,sahabat handai .jangan kita dihayalkan fenomena politik dalaman atau global.teruskan kehidupan spt biasa.

    ReplyDelete
  26. Hadis palsu atau betul bukan masalahnya tapi yg ghaib itu nyata malah ianya barkaitan dengan kiamat yang mana salah satu rukun iman kenapa bila diberi peringatan ramai seperti menolak kenapa tidak ade rasa takut dengan peringatan ini jika tidak berlaku sekarang sekalipun tidak salah kita tingkatkan amalan berubah dan bertaubat....Klu perlu untuk buat persediaan yang sepatutnya tidak salah...

    ReplyDelete
  27. semoga allah selamatkan kita semua ... aamin..

    ReplyDelete
  28. Yg duk sangkal kata hadis palsu tu dah bersiap sedia ke...andai kata dukhan esk jd ..bagaimana dgn persiapan kita zahir dan batin. Kalau dh tau hadis tu daif x perlu nk sangkal apa yg Allah dah bgtau dalam surah adhukan...buka quran baca la br tau..quran malas nk bc bila org sampaikan sesuatu perkara dgn tujuan menyedarkan tak boleh terima

    ReplyDelete
  29. hadis palsu atau tidak, point utama adalah kita sudah diberi peringatan. tentang bila berlakunya peristiwa ini tdk penting, kerana ianya pasti akan berlaku.. persiapan, persedian, amalan kita yg jadi persoalan, smada cukup ka tdk.. yg pasti org yg tdk mengambil berat hal ini akan berkata " kalau mati, matilah.. " tapi sanggupkah kmu melihat anak2 kamu sengsara ketika peristiwa ini berlaku nnti?? thats all. kalo nk percaya, just percaya kalo x.. xpyh nk ckp2 hadis ni daif takut nnt org yg nk bersedia terus tak jadi nk buat persediaan..

    ReplyDelete
  30. Bersiap sedia tu wajib..dgn Iman Dan Amal..hadis dhoif ke apa..jangan peduli

    ReplyDelete
  31. Kebarangkalian peristiwa Ad-Dukhan belaku pada hari Jumaat 15 Ramadhan:
    2012M / 1433H - Meleset
    2020M / 1441H - 70%
    2028M / 1449H - 20%
    2051M / 1473H - 10%
    Wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya May 2020 kemungkinan 70% berlakunya Tanda Besar pertama?

      Antara 3 hari hingga seminggu, orang2 beriman akan semakin yakin dengan kehadiran meteor mula mengelilingi bumi dan terlihat jelas selepas orang Barat menyambut hari MAYDAY 2020 mereka.

      Mari sama2 perbanyakkan amalan Akhir Zaman, mana tau kitalah umat yang dimaksudkan nabi Muhammad SAW menjadi saksi tanda besar ini.

      Lihat saja tanda kecil lainnya yang sebahagian ulamak mentafsirkan sudah lengkap sepenuhnya. Bumi Arab sudah menunjukkan tanda2 dari hadis Sahih.

      Apapun teori ini berlandaskan Hadis daif...

      Wallahualam

      Delete
  32. ada yang kata hadis palsu..ko menghoyan ker....apa pun kita bersedia dan lakukan amalanNyer dgn sempurna..

    ReplyDelete
  33. Ringkasnya, dakwaan yang mengatakan Dukhan akan muncul pada hari Jumaat tanggal 15 Ramadhan adalah dakwaan yang hanya disandarkan kepada prasangka dan hadis palsu yang kononnya akan muncul ‘suara atau bunyi keras’ pada tarikh itu. Ianya jelas tidak berlandaskan kepada dalil yang kuat, tanpa kita menafikan kudrat dan ilmu Allah SWT mengenainya. Menyeru masyarakat untuk bertaubat dan berbuat amal soleh merupakan satu tujuan yang baik, namun tidak sepatutnya perlu dilakukan dengan dakwaan-dakwaan yang tidak jelas, direka atau tidak berasas sama sekali.

    Wallahu a‘lam.

    ReplyDelete