Pages

30 January 2012

kemunculan (asap) ad-dukhan mengejutkan dunia

 


"maka tunggulah hari ketika langit membawa asap yang nyata.
Yang meliputi seluruh manusia. Inilah azab yang pedih."
(surah ad-dukhan, ayat 10 - 11)

   ayat di atas memberi amaran kepada umat akhir zaman bahawa suatu hari nanti akan berlaku bencana yang memberi kesan buruk kepada manusia sejagat. bencana yang dimaksudkan adalah bencana asap ad-dukhan...

   asap ad-dukhan adalah asap yang tebal dan berwarna hitam yg akan meliputi keseluruhan langit akibat daripada hentaman meteor yang besar di bumi. dan  hentaman tersebut menyebabkan pelbagai massalah kepada bumi dan isinya:


  1. bunyi yg kuat terhasil daripada hentaman tersebut,
  2. lalu membentuk gelombang magnetik,
  3. menyebabkan letusan gunung berapi.
  4. debu gunung berapi memenuhi udara lalu terbentuk asap global,
  5. bumi menjadi gelap secara total,
  6. sinar ultra ungu terhalang & menyebabkan bakteri dan virus tumbuh subur,
  7. berlaku pemanasan global
  8. berlaku hujan asid,
  9. perubahan iklim global serta musim sejuk yg lama,
  10. pelbagai penyakit yang menular di kalangan manusia yang tidak beriman, namun orang yang beriman hanya akan mendapat gejala seperti selesema.
  11. berlaku kekurangan makanan kerana sumber makanan seperti tumbuhan dan haiwan terjejas akibat hujan asid, perubahan iklim dan ketiadaan cahaya matahari.
  12. di bahagian utara puak gasar muncul semula untuk merebut makanan.
  13. dajjal dan pengikutnya menunjukkan diri (terdapat tulisan kafir di dahi dajjal dan wajah pengikut dajjal umpama dihiris pedang (berparut))
  14. muncul nabi isa untuk membunuh dajjal di pintu gerbang kota lud.
  15. setelah dajjal mati, muncul pula kaum yakjuj&makjuj daripada utara.
  16. nabi isa & kebanyakan kaum muslimin berlindung di bukit tursina.
  17. nabi isa meminta pertolongan kepada Allah S.W.T.
  18. Allah menurunkan bala kepada yakjuj & makjuj (mereka mati akibat bakteria yang menyerang leher mereka)
  19. zaman keamanan bumi & umat Islam ( nabi Isa memberitahu kebenaran bahawa dia bukanlah anak Tuhan, kebanyakan agama lain tiada, nabi isa berkahwin dan menunaikan haji bersama-sama muslimin di mekah)
perkara-perkara di atas berlaku semasa dan selepas berlakunya peristiwa asap ad-dukhan.
peristiwa asap ad-dukhan akan berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan dimana tahunya berlaku paling banyak gempa bumi. dan pada ketika itu umat Islam sedang berpuasa Ramadhan sudah selama 15 hari. menurut kajian, berpuasa selama lebih daripada 7 hari berturut-berturut dapat meningkatkan keimunan (pertahanan) badan secara mendadak. ini bermakna kebanyakan umat islam yang sempurna puasanya, tahap keimunan tubuh badan mereka meningkat mendadak berbanding orang-orang kafir. oleh sebab itu, ketika peristiwa asap dukhan, asap yang menutupi bumi telah menghalang cahaya matahari. lalu, bakteria dan virus tumbuh dengan subur dan menyerang manusia.
umat islam yang berpuasa akan selamat kerana tahap keimunan badan mereka tinggi. manakala orang kafir akan merana akibat jangkitan bakteria tersebut. apa yang berlaku adalah:

  1. terkena selesema berat yang menyerang sistem pernafasan
  2. jangkitan pada telinga yg menyebabkan pekak.
  3. kekurangan darah kepada kepala menyebabkan mata tidak berfungsi.
  4. buta
  5. bengkak seluruh badan
  6. akhir sekali meninggalkan parut yang nyata.
selain daripada itu, amalan kaum muslimin seperti menghindari makanan & minuman yang haram juga dapat menghindarkan diri daripada penyakit. solat lima waktu dengan sujud mampu meneutralkan kesan medan magnet.

Apa yg perlu dilakukan sekiranya peristiwa itu berlaku?

apabila terdengar bunyi yang kuat pada khamis malam (malam jumaat) waktu wilayah Arab dan pada tahun yang mana banyak gempa bumi berlaku, Rasulullah sarankan:
  • rajin bangun malam untuk melaksanakan solat tahajud dan solat subuh berjemaah di masjid. kemudian segera masuk ke dalam rumah masing-masing bersama-sama. (kalau boleh sediakan makanan untuk selama setahun)
  • tutup jendela, pintu, serta semua lubang udara (sumbatkan dengan kain begi mengelakkan asap memasuki rumah dan mengurangkan tekanan gelombang)
  • segera selimuti diri dan keluarga dengan peredam bunyi.
  • sumbatkan telinga dengan kain atau kapas (kerana bunyi letupan meteor terlalu kuat boleh menyebabkan gegendang telinga pecah)
  • tunggu bunyi kuat yang kedua, kemudian segera bersujud dan berzikir mengingati Allah, sebutlah..(subhaanal quddus) maha suci Tuhan Al-Quddus & (Robbunal Quddus) Tuhan kami yang suci.
@barang siapa yang berbuat demikian Insya'allah akan selamat.

    ingatlah, pada pertengahan bulan Ramadan di suatu tahun yg berlakunya banyak gempa bumi, meteor yang besar akan menghentam bumi. besarnya meteor tersebut hinggakan semua orang dapat melihat meteor terssebut. meteor tersebut akan menghentam negara kafir dan negara-negara islam dapat melihatnya.
    apa yg berlaku, meteor pertama akan menghentam bumi pada khamis malam(malam jumaat), namun, meteor tersebut tidak dapat terhempas ke permukaan bumi dan hanya meletup di langit lalu menghasilakn jaliran warna kemerahan berserta bunyi yg kuat. tidak lama kemudian meteor kedua yg lebih besar dapat menghentam bumi dan menghasilkan bunyi yang kuat serta membentuk gelombang magnet. akhirnya assap ad-dukhan terbentuk.

"sesungguhnya Tuhan kamu semua mengingatkan kamu dengan 3 perkara. Pertama, asap yang menerpa orang beriman, di mana mereka seperti terkena gejala selesema. ia juga melanda orang kafir, di mana sekujur tubuh mereka akan membengakak, lalu mereka tidak dapat mendengar. kedua, keluarnya binatang dan ketiga keluarnya dajjal."
hadis daripada abu malik al-asy'ari.

"....jika kamu melaksanakan solat subuh pada hari Jumaat, masuklah ke dalam rumah kamu, tutplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. jika kamu berasa adanya bunyi yang kuat, maka sujudlah kamu kepada Allah dan ucapkan 'subhaanal quddus, Robbunal Quddus. kerana sesiapa yang melakukan perkara itu akan selamat. sebaliknya sesiapa yang tidak melakukan perkara itu akan binasa."
hadis Nu'aim ibnu Hammad.


p/s: kesimpulannya, setiap orang harus bertaubat dan mengamalkan segala yang diperintahkan oleh   Allah seperti solat dan puasa di bulan Ramdhan. ternyata segala yang diperintahkan mempunyai hikmah disebliknya dan demi kebaikan manusia sendiri. selain itu, pastikan segala laranganNYA kita elakkan. dengan itu barulah kita boleh selamat di dalam perlindungan Allah S.W.T.