Pages

12 March 2012

Jauhilah couple!

Pernah tak terbaca atau terdengar mengenai satu statement yakni "COUPLE  ITU  HARAM" ? Saya yakin sepenuhnya mesti ramai yang telah tahu mengenai kenyataan ni.

Di sini ingin saya sendiri kemukakan pandangan saya mengenai masalah couple yang kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita. Saya pernah terfikir, mengapa Islam mengharamkan couple ni? Lepas tu, saya ignore kan benda ni maybe sebab saya rasa saya ni budak lagi.

Tetapi fikiran saya mula berubah sejak saya berpindah ke sekolah baru.Di situ, ada seorang budak lelaki yang sukakan saya.Dan saya rasa saya pun sukakan dia. At the same time, kawan rapat saya tiba-tiba jadi dingin dengan saya.Lastly, baru saya tahu yang kawan rapat saya ni sukakan lelaki ni. Mereka dah kenal lama dah. Saya taknak sebab seorang lelaki persahabatan kami berdua hancur. Tapi nasib baiklah perasaan suka saya kat lelaki tu dah hilang lepas 2 atau 3 bulan lepas tu.Yang saya tahu, mereka kini berpacaran.

Masuk sekolah menengah, lagi ramai lelaki yang saya suka. Suka dengan bermacam sebab. Sebab handsomelah, pandailah, caringlah, dan macam-macam lagi. Sekali lagi ada seorang lelaki menyukaiku.Saya tidak mahu memberi harapan yang bersinar untuknya. Saya layannya sebagai seorang sahabat saya yang biasa. Lagipun takkanlah saya mahu merosakkan harapan seorang anak guru yang mengajarku? Tak elok pulak rasanya. Lama kelamaan saya makin menjauhinya. Akhirnya, dia kini sedang hangat bercinta dengan pelajar junior kami.

Berdasarkan dua kisah yang saya alami di atas, saya terfikir, betapa mudahnya cinta mereka beralih arah. Memang kadangkala saya lihat kawan-kawan saya yang berstatus kekasih orang ni bahagia, tetapi di akhirnya mereka hanya diulit duka dan lara. Setelah kita memberi kasih, cinta dan perhatian kita pada orang yang kita suka, tapi kenapa pengakhirannya hanya kecewa?? Mungkin kerana itulah Islam mengharamkan budaya couple ini. Cinta tidak sepatutnya kecewa tetapi bahagia. Itulah sifat-sifat Islam sebenarnya. Tiada penyeksaan jiwa.Tetapi bahagia yang membawa kita mensyukuri nikmat kurniaan Allah.

Terbaca saya dalam sebuah buku nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin mengenai sebuah hadis yang bermaksud "Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid". Jadi, jika anda jatuh cinta pada seseorang, janganlah terus yakin ingin bercouple dengan dia, kerana kita tidak pasti adakah dia untuk kita.Bagus lagi jika kita menyembunyikannya.

Bagi saya, tiada cinta sebelum kahwin. Sepatutnya, cinta kita harus diberikan kepada yang selayaknya iaitu kepada Allah, Rasulullah, pasangan yang sudah sah menjadi milik kita, ibu bapa dan orang yang berada di sekeliling kita.Kalau kita couple dengan pasangan sah kita, confirm-confirm takde siapa nak halang. Nak sentuh-sentuh ke, nak say something romantik in front of public ke tak de siapa nak marah.

Let say, kalau kita couple sebelum kahwin, parents, family atau kawan mesti akan bagi warning terbaik punye. Jaga diri tu, jangan balik lambat and so on. Nak dating pun payah. Ada je halangan. But if kita dah berkahwin, tak der siapa lah nak kacau.

One more thing, kalau lelaki tu betul-betul sayang pada kita, kenapa mesti dia ajak couple? And why not kahwin. Why? Maybe tak sedia lagi? Nak kumpul duit? Tak nak galas tanggungjawab? Herm...saya sendiri tak da jawapannya. Setiap orang ada alasannya. Jadi pada saya, cinta  hanya layak diberikan pada yang pasti. Kenapa kita mesti beri cinta kita pada sesuatu yang tak pasti?

Kesudahannya, tepuk dada tanya selera dan iman keh!!

03 March 2012

pengalaman yang amat berharga..

 
Assalamualikum W.B.T..

pada beberapa minggu yang lepas, saya telah "post" video mengenai pengalaman seorang hamba Allah yang bernama Syamimi yang berpeluang melihat wajah Rasulullah S.A.W berserta 4 sahabat baginda di dalam mimpi beliau. Nikmat melihat wajah baginda Rasulullah S.A.W adalah nikmat yang sangat tinggi dan tidak ternilai. Kerana dengan melihat wajah baginda jiwa menjadi sangat tenang. Saya yakin, bukan calang-calang manusia yang berpeluang melihat wajah baginda Rasulullah S.A.W melainkan mereka yang dikehendaki oleh Allah sama ada disebabkan amalan mereka atau dugaan yang diberi oleh Allah kepada mereka.

bahkan, bagi syamimi sendiri,  disebabkan kesabaran beliau dalam menempuh ujian Allah, ditambah lagi beliau telah menghafaz 30 juzuk al-Quran. Allah telah membuka hijab dimata beliau untuk bertemu dengan Rasulullah dan para sahabat. ujian yang diturunkan Allah kepada beliau sememangnya berat. penyakit yang mengganggu beliau membuatkan beliau tidak dapat melakukan aktiviti harian sebagaimana orang lain yang sebaya beliau. Namun sesungguhnya, Allah amat mengasihani hamba-hambanya yang bersabar terhadap ujian-NYA. berkat kesabaran, doa yang tidak putus-putus serta tawakal yang tinggi kepada Yang Maha Agung, dengan izin-NYA penyakit Syamimi dapat disembuhkan selepas melalui pengalaman yang sangat istimewa itu. (bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat).

setelah saya baca mengenai pengalaman Syamimi yang menyentuh hati itu, saya diberitahu pula sebuah kisah yang tidak jauh hebatnya. kisah ini diceritakan sendiri oleh ibu saya. Menariknya, pengalaman ini dilalui sendiri oleh saudara terdekat saya. tidak salah rasanya saya berkongsi kisah ini kepada yang sudi membaca. semoga kisah dan pengalaman yang dilalui beliau dapat dijadikan teladan dan pengajaran.

menurut ibu saya, beliau merupakan keturunan orang Arab. Yakni, bapanya orang Arab. sememangnya semenjak kecil beliau di didik dengan Agama yang lurus (islam). menurut cerita ibu saya juga, beliau tidak pernah meninggalkan solat Tahajud. beliau hanya meninggalkan solat sunat Tahajud apabila dalam keadaan uzur. kebanyakkan anak beliau juga lepasan sekolah aliran agama. bila malam menjelma, beliau akan melihat ke arah langit. seringkali beliau melihat tulisan  Allah dan Muhammad di atas langit. perkara ini turut dikongsi bersama-sama anak-anak beliau.

pada suatu malam, yakni pada bulan Ramadan sekali lagi beliau memerhati langit. kali ini, beliau dapat melihat tulisan "Bismillah hirahmanirrahim" dengan jelas. kali ini tulisannya sangat kemas. namun, apabila beliau menyatakan hal itu kepada jiran beliau, mereka tidak dapat melihatnya.
kemudian, seperti biasa beliau akan bangun dari tidur untuk solat tahajud. usai solat, beliau tidur semula.

tiba-tiba beliau dapati beliau berada di padang pasir. beliau berjalan dan melihat kelibat bahagian belakang lima orang lelaki. anehnya, hanya 4 orang lelaki sahaja yang berjalan beriringan. seorang lelaki berjalan di hadapan sekali seolah-olah mengetuai perjalanan tersebut. 4 orang lelaki tersebut berjalan dibelakang lelaki yang berada dihapan seolah-olah amat menghormati lelaki tersebut. apabila mereka berhenti, beliau bertanya kepada mereka. "siapakah lelaki itu?". salah seorang daripada mereka menjawab . "itu adalah Rasulullah S.A.W." beliau dapat melihat jubah rasulullah dan kain selendang Rasulullah. beliau bertanya lagi," kenapa Rasulullah tidak mahu menoleh kebelakang?". kemudian, seorang daripada mereka yang lebih kecil tubuhnya bertanya kembali, " adakah kamu layak untuk melihat wajah Rasulullah S.A.W?". kemudian beliau terjaga daripada tidurnya.

ya, cerita ini tidak sehebat pengalaman Syamimi. tapi, pengalaman ini juga memberi kita pengajaran. Sedangkan wanita dalam kisah ini tidak pernah meninggalkan solat Tahajud melainkan keuzuran juga masih dikatakan belum layak untuk melihat wajah baginda Rasulullah S.A.W. Apatah lagi bagi yang jarang-jarang bangun malam untuk qiamulail. kita sering barkata sering mengharap agar kita turut diberi kesempatan untuk melihat wajah baginda Rasulullah S.A.W. Namun, kita harus bertanya kepada diri sendiri dahulu. Adakah kita layak untuk bertemu dengan baginda? Cukupkah amalan kita untuk melihat wajah baginda yang mulia itu? bukan saya mahu mematahkan semangat atau harapan untuk bertemu dengan Rasulullah. tapi, untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan, kita mestilah menambahkan amalan kebaikan dan melipat gandakan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah S.W.T. wanita yang melalui pengalaman ini juga saya pasti, semakin bertambah keyakinan beliau terhadap Allah dan beliau tidak berputus asa untuk menambah lagi amalan beliau. Kita juga harus begitu. Jangan sekali-kali kita berputus asa dalam mengejar rahmat Allah dan Syafaat Rasulullah S.A.W. Ingatlah, Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar. bukankah sabar itu sebahagian daripada iman?