Pages

16 January 2012

Membaca "IQRA'"

 



 bismillahirrahmanirrahim.(dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani)

Firman Allah (maksud):
"Bacalah dengan nama Rabbmu yang telah menciptakan" (al-'Alaq:1)

   wahyu pertama yang diturunkan oleh malaikat jibrail kepada nabi junjungan Muhammad S.A.W mengandungi perintah yang meminta agar baginda membaca. Namun, baginda tidak pernah belajar membaca atau menulis. oleh itu, baginda mengatakan bahawa baginda tidak tahu membaca, kemudian, malaikat jibrail mengajar baginda ayat-ayat suci al-quran yang seterusnya menjadi pegangan dan panduan hidup muslimin hari ini.

    apa yang ingin saya tekankan di sini adalah kepentingan membaca demi meningkatkan pengetahuan. tidak dapat dinafikan, dengan membaca sesebuah tamadun dapat berkembang maju. contohnya, pada tamadun lampau perkembangan aktiviti pertanian dan perdagangan banyak berkait rapat dengan kebolehan masyarakat pada tamadun tersebut dalam membaca dan menulis. kemahiran ini diperlukan untuk mencatatkan aktiviti-aktiviti pertanian, percukaian dan yang paling penting undang-undang. kebolehan menulis dan membaca membolehkan tamadun lampau seperti tamadun yunani, hwang ho, indus dan rom merangka sistem pentadbiran dan undang-undang. sabagai contoh, terdapat pemerintah yang mengarahkan agar undang-undang dipahat pada tiang-tiang untuk tatapan rakyat, (contoh tiang asoka). malahan faktor kegemilangan zaman kesultanan melaka adalah kebolehan pemerintahnya menyusun pentadbiran dan merangka undang-undang. sistem pembesar empat lipatan dan undang-undang laut melaka menjadi rujukan dan ditiru oleh kebanyakan kerajaan yang lahir setelah kerajaan kesultanan melayu melaka. jelasnya, kemahiran membaca dan menulis memberi impak yang besar kepada sesebuah tamadun dalam jangka masa yang panjang.

     bagi negara islam pula, contohnya pada era umaiyah,abbasiyah dan uthmaniyah perkembangan ilmu sangat berkembang dengan pesat. malahan pemimpin pada masa itu telah menyediakan pusat penterjemahan bagi menterjemah karya-karya luar ke bahasa arab. pada ketika itu ilmu dilihat nilainya lebih tinggi berbanding wang emas dan dinar. pihak yang kalah dalam peperangan boleh menebus tebusan dengan syarat pihak yang kalah sanggup memberi buku-buku ilmiah. malahan buku-buku juga dijadikan hadiah yang sangat bernilai. maka, logiklah pada ketika itu telah muncul tokoh-tokoh ilmuwan islam yang berjaya. contohnya, ibnu sina (bapa perubatan). kitab beliau masih dijadikan rujukan di universiti-universiti terkemuka dunia. selain itu ibnu khaldun, ibnu batutah, ibnu haitam dan al-farabi juga antara tokoh cendekiawan islam yang berjaya. oleh sebab itu, zaman itu dikenalai zaman kegemilangan kerajaan islam.
      namun, pada hari ini tokoh-tokoh ilmuwan dari kalangan umat islam berkurangan. bidang ilmu teknologi dikuasai oleh golongan barat. sebagai umat islam, kita seharusnya menyumbang terhadap usaha mengembalikan kegemilangan umat islam. antara langkah yang boleh dilakukan adalah dengan membanyakkan membaca bahan ilmiah. namun harus diingat, sebagai seorang muslim juga kita harus membaca kitab suci al-quran. kerana al-litab inilah yang akan menceritakan kebenaran kepada kita agar kita tidak sesat. bahkan membaca al-quran memberi banyak fadhilat dan syafaat.




Membaca al-Qur’an adalah seafdhal-afdhal ibadat sehingga disebut bahawa al-Qur’an itu akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat bagi orang yang membacanya, sebagaimana riwayat Abu Umamah yang maksudnya :
“Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu al-Qur’an, sesungguhnya (al-Qur’an) itu datang pada hari qiamat menjadi syafaat kepada pembacanya.”
(Hadis riwayat Muslim)



No comments:

Post a Comment