Pages

25 January 2012

Iman "Laa ilaha illallah" pemelihara dunia.

 


Anas melaporkan, hadis daripada Rasulullah S.A.W berkata : 
"Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga tidak ada orang yang menyebut 
Allah, Allah" 

dalam hadis laporan yang lain, ia dinyatakan sebagai:
Anas menyampaikan hadis Rasulullah, "kiamat tidak akan datang sehingga
tidak ada lagi yang mengatakan di bumi, "Laa ilaaha illallah." 

       Allah telah memeberi amanah kepada manusia untuk menjadi khalifah . Amanah ini sebelumya ditawarkan kepada langit dan bumi serta gunung-ganang. Namun mereka tidak sanggup memikulnya. Kemudian, amanah ini diterima oleh manusia untuk dipikul iaitu Nabi Adam.

" Sesungguhnya kami tawarkan amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya). maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakan (kerana tidak ada pada mereka persediaan bagi memikulnya) dan (pada ketika itu ) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." 
(surah al-Ahzab, ayat 72)

     "amanah" merujuk kepada agama. Hal ini bermaksud selagi manusia memelihara agama, iaitu menyembah Allah dan berzikir kepadaNYA, dunia dan isinya kan tetap berkhidmat kepada manusia. ini kerana semua makhluk di alam semesta dicipta oleh Allah untuk berkhidmat dan  tunduk kepada manusia. Sementara itu, manusia pula dicipta bagi menyembah Allah yang maha Esa iaitu terungkai dalam kalimah Laa ilaaha illallah (tiada Tuhan melainkan Allah).
jika manusia yang berakidah Laa ilaaha illallah sudah tidak wujud lagi di dunia, maka dunia laksana tubuh yang tidak lagi mempunyai roh. pada masa itu, dunia tidak lagi sudi melayani dan tunduk kepada manusia.

"dan Dia memudahkan bagi kamu malam dan siang, matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNYA demi keperluan-keperluan kamu. sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaa Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya."
(surah An-Nahl, ayat 12)

"Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal berlayar padanya dengan perintahNYA dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNYA dan juga supaya kamu bersyukur. dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNYA; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNYA) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti."
(surah al-Jaathiyah, ayat 12 - 13.)

      semua ini bermakna iman manusia di bumi mempengaruhi keadaan langit,bumi serta gunung-ganang.contoh peristiwa   semasa zaman Nabi Isa,ada golongan terpelajar pagan Yunani yang ingin bertemu dengan beliau di Jerusalem. Apabila mereka melihat Nabi Isa dari jauh, mereka mengatakan, "inilah anak Tuhan". Akibat dakwaan ini guruh berdentum kuat di langit Jurusalem. ini adalah reaksi langit,bumi dan gunung yang tidak mahu mendengar dakwaan syirik itu.


"dan mereka yang kafir berkata, "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak. demi sesungguhnya, kamu melakukan satu perkara yang besar salahnya. langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (dakwaan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan dia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman sebagai hamba."
(surah Maryam, ayat 88 - 93)

     jadi, apabaila amanah Allah dilanggar oleh manusia dengan kalimah syirik, seluruh langit dan isinya tidak mahu melayan manusia. Malah, dunia hampir kiamat lantaran dakwaan itu. pada masa itu langit tidak hancur kerana masih ada manusia yang beriman kepada Allah.
      jadi, orang beriman umpama penyelamat dunia. selagi masih ada orang beriman walau seorang sekalipun, dunia tidak dikiamatkan oleh Allah. akhirnya semua orang beriman diambil oleh suatu angin lembut. pada ketika itu, dunia ketandusan orang beriman. itu tanda kiamat sudah begitu hampir. ini kerana pada masa itu, langit dan bumi serta segala isinya tidak lagi mampu bertahan dan enggan memenuhi kehendak manusia.

sumber: Armagedon 2012 Bencana Akhir Zaman,Muhammad Alexander.



No comments:

Post a Comment