pada beberapa minggu yang lepas, saya telah "post" video mengenai pengalaman seorang hamba Allah yang bernama Syamimi yang berpeluang melihat wajah Rasulullah S.A.W berserta 4 sahabat baginda di dalam mimpi beliau. Nikmat melihat wajah baginda Rasulullah S.A.W adalah nikmat yang sangat tinggi dan tidak ternilai. Kerana dengan melihat wajah baginda jiwa menjadi sangat tenang. Saya yakin, bukan calang-calang manusia yang berpeluang melihat wajah baginda Rasulullah S.A.W melainkan mereka yang dikehendaki oleh Allah sama ada disebabkan amalan mereka atau dugaan yang diberi oleh Allah kepada mereka.
bahkan, bagi syamimi sendiri, disebabkan kesabaran beliau dalam menempuh ujian Allah, ditambah lagi beliau telah menghafaz 30 juzuk al-Quran. Allah telah membuka hijab dimata beliau untuk bertemu dengan Rasulullah dan para sahabat. ujian yang diturunkan Allah kepada beliau sememangnya berat. penyakit yang mengganggu beliau membuatkan beliau tidak dapat melakukan aktiviti harian sebagaimana orang lain yang sebaya beliau. Namun sesungguhnya, Allah amat mengasihani hamba-hambanya yang bersabar terhadap ujian-NYA. berkat kesabaran, doa yang tidak putus-putus serta tawakal yang tinggi kepada Yang Maha Agung, dengan izin-NYA penyakit Syamimi dapat disembuhkan selepas melalui pengalaman yang sangat istimewa itu. (bertemu dengan Rasulullah S.A.W dan para sahabat).
setelah saya baca mengenai pengalaman Syamimi yang menyentuh hati itu, saya diberitahu pula sebuah kisah yang tidak jauh hebatnya. kisah ini diceritakan sendiri oleh ibu saya. Menariknya, pengalaman ini dilalui sendiri oleh saudara terdekat saya. tidak salah rasanya saya berkongsi kisah ini kepada yang sudi membaca. semoga kisah dan pengalaman yang dilalui beliau dapat dijadikan teladan dan pengajaran.
menurut ibu saya, beliau merupakan keturunan orang Arab. Yakni, bapanya orang Arab. sememangnya semenjak kecil beliau di didik dengan Agama yang lurus (islam). menurut cerita ibu saya juga, beliau tidak pernah meninggalkan solat Tahajud. beliau hanya meninggalkan solat sunat Tahajud apabila dalam keadaan uzur. kebanyakkan anak beliau juga lepasan sekolah aliran agama. bila malam menjelma, beliau akan melihat ke arah langit. seringkali beliau melihat tulisan Allah dan Muhammad di atas langit. perkara ini turut dikongsi bersama-sama anak-anak beliau.
pada suatu malam, yakni pada bulan Ramadan sekali lagi beliau memerhati langit. kali ini, beliau dapat melihat tulisan "Bismillah hirahmanirrahim" dengan jelas. kali ini tulisannya sangat kemas. namun, apabila beliau menyatakan hal itu kepada jiran beliau, mereka tidak dapat melihatnya.
kemudian, seperti biasa beliau akan bangun dari tidur untuk solat tahajud. usai solat, beliau tidur semula.
tiba-tiba beliau dapati beliau berada di padang pasir. beliau berjalan dan melihat kelibat bahagian belakang lima orang lelaki. anehnya, hanya 4 orang lelaki sahaja yang berjalan beriringan. seorang lelaki berjalan di hadapan sekali seolah-olah mengetuai perjalanan tersebut. 4 orang lelaki tersebut berjalan dibelakang lelaki yang berada dihapan seolah-olah amat menghormati lelaki tersebut. apabila mereka berhenti, beliau bertanya kepada mereka. "siapakah lelaki itu?". salah seorang daripada mereka menjawab . "itu adalah Rasulullah S.A.W." beliau dapat melihat jubah rasulullah dan kain selendang Rasulullah. beliau bertanya lagi," kenapa Rasulullah tidak mahu menoleh kebelakang?". kemudian, seorang daripada mereka yang lebih kecil tubuhnya bertanya kembali, " adakah kamu layak untuk melihat wajah Rasulullah S.A.W?". kemudian beliau terjaga daripada tidurnya.
ya, cerita ini tidak sehebat pengalaman Syamimi. tapi, pengalaman ini juga memberi kita pengajaran. Sedangkan wanita dalam kisah ini tidak pernah meninggalkan solat Tahajud melainkan keuzuran juga masih dikatakan belum layak untuk melihat wajah baginda Rasulullah S.A.W. Apatah lagi bagi yang jarang-jarang bangun malam untuk qiamulail. kita sering barkata sering mengharap agar kita turut diberi kesempatan untuk melihat wajah baginda Rasulullah S.A.W. Namun, kita harus bertanya kepada diri sendiri dahulu. Adakah kita layak untuk bertemu dengan baginda? Cukupkah amalan kita untuk melihat wajah baginda yang mulia itu? bukan saya mahu mematahkan semangat atau harapan untuk bertemu dengan Rasulullah. tapi, untuk menjadikan impian itu menjadi kenyataan, kita mestilah menambahkan amalan kebaikan dan melipat gandakan keimanan dan ketakwaan terhadap Allah S.W.T. wanita yang melalui pengalaman ini juga saya pasti, semakin bertambah keyakinan beliau terhadap Allah dan beliau tidak berputus asa untuk menambah lagi amalan beliau. Kita juga harus begitu. Jangan sekali-kali kita berputus asa dalam mengejar rahmat Allah dan Syafaat Rasulullah S.A.W. Ingatlah, Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar. bukankah sabar itu sebahagian daripada iman?
This Site designer handbags my latest blog postfrom this source wigs online,Lace Wigs,wigs,wigs for women,human hair wigs,wigs for women,cheap wigs human hair,hair pieces for women,cheap wigs Look At This
ReplyDelete